Sulit
3 tahun
Mata kabur pada mata sebelah kanan
Assalamualaikum…saya sebelum ni mengalami silau pada mata kanan…sudah lebih dari seminggu…kemudian,hari yang ke 6 ,mata yang silau tiba tiba menjadi kabur…saya pergi jumpa doktor,doktor bagi ubat dan alhamdullilah,selepas 3 hari masalah silau sudah berkurang…tetapi masalah kabur tetap sama…seolah olah ada sesuatu yang menghalang…apakah ada cara untuk menghilangkannya atau saya perlu berjumpa dengan doktor?
Terima kasih☺️
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu penglihatan kabur pada mata sebelah kanan. Untuk makluman anda, secara umum, penglihatan kabur seperti kabus boleh disebabkan banyak perkara, antaranya:
- Rabun mata
- Penggunaan ubat titik pada mata
- Strok
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
Untuk mengetahui cara mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan serta pemeriksaan menyeluruh adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk berjumpa sekali lagi dengan doktor anda bagi memberitahu permasalahan ini. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.