Sulit
4 tahun
Masalah penglihatan kabur selepas mendapat alahan
tiga minggu lepas saya mengalami sakit mata sebelah kanan sahaja,mata merah,bebola mata sakit dan sensetif pada cahaya, saya telah ke klinik dan mendapat kan rawatan, doktor memaklumkan mata saya mengalami alahan dan doktor bagi ubat titis serta gel, selepas dua minggu baru merah dan sakit hilang tetapi sekarang mata saya masih kabur seperti ada selaput tapi tak de ,saya nak minta pandangan doktor sama ada saya perlu ke klinik lagi atau ke pakar optic untuk memgesahkan apa lagi kesan sakit mata saya tu.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Penglihatan kabur seperti kabus boleh disebabkan banyak perkara, antaranya:
Penggunaan contact lens dengan begitu lama
Jangkitan kuman pada mata
Rabun mata
Penggunaan ubat titik pada mata
strok
kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.