Sulit
4 tahun
Sebelah mata rabun lebih tinggu
Hai salam, saya anis. Saya ada masalah rabun mata belah kanan saya lebih tinggi dari power belah kiri. Power kanan saya 9.00 manakalah belah kiri 4.50. Adakah ini normal? Saya rasa ia tidak normal kerana kebanyakkan org power kedua kedua belah mata mereka hampir sama. Adakah mata saya ada masalah? Perlu ke saya terus ke pakar mata? Saya rasa saya ada masalah dgn penglihatan saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gejala rabun jauh boleh disebabkan faktor kekeluargaan mahupun ketidakseimbangan sewaktu tumbesaran yang mengakibatkan saiz bola mata atau kornea tidak selaras dengan tumpuan cahaya ke retina. Perbezaan dari segi kekuatan kanta mata dari satu mata ke satu mata yang lain adalah tidak perlu dibimbangkan kerana perkara ini tersangat biasa dalam kalangan mereka yang rabun jauh.
Sekiranya anda mempunyai gejala lain pada mata seperti mata merah, berair, pedih/sakit serta sakit kepala maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.