khaisyanaz
4 tahun
Titik Putih di Mata Hitam
Salam sejahtera. Saya seorang perempuan, 20 tahun. Terdapat sesuatu berwarna putih di mata hitam kiri saya. Sebelum ni kadang2 pedih dan berair. Mata kanan saya rabun -450 silau -50. Mata kiri saya sebelum ni rabun tak sampai 300 dan silau pon tak tinggi sangat. Tapi kalini saya nak buat spec baru, mata kiri saya power jadi +600 dan silau -925. Tapi kalau saya pejam mata kanan saya, saya masih boleh melihat dgn lebih baik berbanding mata kanan. Apakah diagnosis para doktor? Saya masih tak berkesempatan untuk berjumpa doktor atas sebab2 tertentu.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, titik putih pada mata hitam boleh disebabkan beberapa kondisi kesihatan. Sebagai contoh:
- Ulser pada lapisan kornea
- Katarak mata
- Jangkitan kuman atau kulat
- Pterygium
- Kanser mata
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.