Penyakit Jantung

Diagnosis Masalah Penyakit Jantung - DoctorOnCall

Baca Soalan

Diagnosis penyakit jantung :

  • Penyakit jantung adalah disebabkan oleh sekatan saluran darah ke jantung anda. Apabila pembekalan darah ini tersekat, sel jantung anda akan mengalami kerosakan dan mati.
  • Rawatan perlu diberikan supaya kawasan kerosakan tidak bertambah teruk. Sekiranya kawasan jantung yang besar terjejas, ia akan menyebabkan kematian. Oleh itu, dapatkan bantuan dari hospital anda sekiranya anda suspek sendiri mempunyai penyakit jantung.  
  • Simptom-simptom penyakit jantung termasuk:
    • sakit dada
    • kesakitan yang merebak dari dada ke tangan anda
    • kepeningan
    • berpeluh
    • loya 
    • batuk
  • Sekiranya anda suspek mempunyai penyakit jantung, diagnosis penyakit penyakit jantung boleh ditentukan dengan beberapa ujian dalam hospital.  
  • Pemeriksaan jantung lengkap termasuk:
    • ECG (electrocardiogram)
    • Ujian darah yang mengesan enzim jantung
    • Chest x-ray
    • Echocardiogram 
    • Coronary angiography Pemeriksaan ini merupakan modaliti yang sedia ada dalam hospital tertentu. Antara pemeriksaan yang paling penting dalam diagnosis serangan jantung adalah ECG dan ujian darah anda.

Cara diagnosis Penyakit jantung :

  • Terdapat banyak penyakit yang mempunyai simptom-simptom macam penyakit jantung.
  • Oleh itu, pemeriksaan yang menggunakan ECG dan ujian darah dapat memberikan informasi yang penting kepada doktor untuk menentukan diagnosis penyakit jantung bagi seseorang pesakit.  
  • ECG (electrocardiogram) :
    • Ia merupakan ujian tidak invasif dan ujian pertama yang dilakukan kepada semua pesakit yang suspek penyakit jantung. ECG mengesan aktiviti elektrikal jantung anda. Setiap kali jantung anda berdenyut, ia memberikan bacaan pada ECG anda.
    • Ujian ini biasanya memerlukan 5 minit. Doktor akan mempunyai informasi tentang fungsi jantung anda dan jenis penyakit jantung yang anda alami.
    • Penyakit jantung mempunyai pelbagai jenis yang mempunyai keseriusan yang berbeza.  
  • Ujian darah yang mengesan enzim jantung:
    • Kerosakan sel jantung anda menyebabkan enzim jantung masuk ke saluran darah. Ujian darah dapat membantu doktor mengesan keseriusan kerosakan jantung anda dan respons anda terhadap rawatan yang diberikan.
    • Enzim jantung yang selalu digunakan adalah dipanggil troponin.  
  • Chest X-ray :
    • Modaliti ini membantu doktor mengesan komplikasi daripada penyakit jantung anda. Penyakit jantung boleh menyebabkan koleksi air dalam paru-paru anda.  
  • Echocardiogram :
    • Ia merupakan sejenis ultrasound scan yang memberikan gambar jantung anda. Ia memberikan informasi tentang fungsi dan tahap kerosakan jantung anda.  
  • Coronary angiography :
    • Ia merupakan modaliti invasif yang memerlukan tiub nipis dimasukkan ke saluran darah anda. Pada masa yang sama, cecair yang memberikan kontras pada X-ray akan dipam ke dalam saluran darah anda.
    • Cecair ini memberikan imej saluran darah anda pada X-ray. Modaliti ini memberikan informasi tahap sekatan dan lokasi sekatan saluran darah.

Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?