Penyakit Jantung

Apakah Rawatan dan Pencegahan Penyakit Jantung

Baca Soalan

Pengenalan

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan pada 2017, rakyat Malaysia mengalami penyakit jantung seawal usia 58 tahun, berbanding populasi di Thailand, China dan Kanada. Statistik ini amatlah penting agar orang ramai mengambil berat soal kepentingan mencegah dan merawat penyakit jantung.

Contoh-contoh risiko sakit jantung dan rawatan pencegahannya:

  1. Umur dan genetik - Risiko ini tidak boleh diubah. Majoriti pesakit menghidap sakit jantung selepas umur 65 tahun. Pada masa yang sama, lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi mendapat sakit jantung. Oleh itu, anda digalakkan mendapat pemeriksaan kesihatan jantung anda apabila umur semakin lanjut.

  2. Genetik - Anak kepada ibu bapa yang menghidap penyakit jantung mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Hal ini tidak boleh diubah.

  3. Merokok - Ia merupakan risiko yang boleh diubah ataupun dirawati. Anda boleh membuat pilihan sama ada teruskan merokok ataupun berhenti demi kesihatan anda.

  4. Darah tinggi - Jikalau anda mempunyai darah tinggi, anda digalakkan merawat dengan ubat ataupun perubahan gaya hidup anda. Hal ini kerana darah tinggi boleh meningkatkan stres terhadap jantung anda dan meningkatkan risiko sakit jantung.

  5. Kolesterol tinggi - Apabila kolesterol anda meningkat, risiko mendapat sakit jantung juga meningkat. Kolesterol bukan sahaja boleh dikawal dengan ubat-ubatan, gaya hidup yang sihat juga menyumbang kepada rawatan kolesterol tinggi.

  6. Obesiti - Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko anda mendapat kolesterol tinggi, darah tinggi dan diabetes. Ketiga-tiga kondisi ini merupakan risiko sakit jantung. Oleh itu, obesiti merupakan satu risiko sakit jantung.

  7. Diabetes - Ia merupakan penyakit saluran darah kerana gula dalam darah yang tinggi boleh menjejaskan saluran darah. Hal ini boleh menyumbang kepada proses deposit lemak yang menyekat saluran darah anda.

Rawatan sakit jantung:

Jikalau anda mempunyai sakit jantung, anda memerlukan rawatan sakit jantung di hospital. Dalam peringkat ini, anda memerlukan ubat-ubatan yang khas untuk penyakit jantung. Ubat-ubatan ini akan diberikan mengikuti keseriusan dan kondisi anda. Secara amnya, ubat ini membantu mengurangkan sekatan saluran darah anda supaya sel-sel jantung mendapat oksigen dan nutrien semula.

 Nama ubat sakit jantung yang sering digunakan:

  1. Morphin - Ubat penahan sakit. Berfungsi mengurangkan kesakitan jantung.

  2. Nitroglycerin - Ubat yang membantu mengurangkan sekatan saluran darah jantung.

  3. Aspirin - Ubat yang mengurangkan gumpalan darah dan mengekalkan pengaliran darah ke jantung anda.

  4. Beta blockers - Ubat yang mengurangkan stres jantung anda dengan pengurangan denyutan dan tekanan darah.

  5. ACE-inhibitors - Ubat yang mengurangkan stres jantung anda dengan pengurangan denyutan dan tekanan darah.

  6. Statins - Ubat yang mengawal tahap kolesterol anda. Membantu mengurangkan risiko sakit jantung pada masa depan.

Bagi sesetengah masa, pesakit memerlukan prosedur bagi mengeluarkan sekatan dalam saluran darah anda. Prosedur ini adalah coronary angioplasty dan stenting ataupun coronary bypass. Doktor anda akan membuat keputusan mengikuti penilaian mereka. Berkaitan dengan kos rawatan jantung di ijn, kos rawatan di hospital kerajaan ataupun kos angiogram di hospital serdang, anda perlu mendapat informasi yang selanjutnya daripada hospital tersebut. Rawatan serangan jantung selalunya dirawati oleh physician di hospital. Pakar kardiologi di malaysia boleh ditemui di hospital tertiari bagi kebanyakkan masa ataupun di hospital swasta.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1) Mengamalkan pemakanan yang seimbang. Tambah buah-buahan dan sayur-sayuran dan makanan yang tinggi dengan omega-3 dalam diet.

2) Kurangkan stres. Cari kaedah yang boleh membantu mengurangkan tekanan seperti yoga,dan meditasi. Emosi yang tegang seperti perasaan marah juga boleh membawa kepada risiko serangan jantung.

3) Berhenti merokok. Jika anda sukar untuk berhenti merokok, dapatkan bantuan doktor.

4) Awasi dan pantau tekanan darah. Sekiranya terlalu tinggi, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan meningkat.

5) Kurangkan pengambilan gula. Penyakit kencing manis juga menyebabkan masalah pada salur darah.

6) Kawal paras kolesterol. Kolesterol tinggi akan menyebabkan saluran darah ke jantung terjejas dan menyebabkan serangan jantung.

Written by: Sri Viknarajan A/L Puvendran

Universiti Hasanuddin, Indonesia – MEDICAL DEGREE (DR)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?