Rawatan bagi keputihan bermasalah bergantung kepada punca yang menyumbangnya. Doktor-doktor kami dapat membantu menjalankan pemeriksaan untuk mengenalpasti punca kepada simptom-simptom ini dengan memeriksa anda. Anda boleh berkomunikasi dengan doktor kami menerusi telefon atau panggilan video dan menerima preskripsi ubatan yang boleh dihantar ke rumah anda. Untuk berkomunikasi dengan doktor kami, KLIK DI SINI.
Wanita perlu mengambil langkah berikut untuk mengelakkan daripada gatal-gatal kemaluan:
Untuk mengelak daripada sebarang jangkitan di kawasan kemaluan, lap bahagian kemaluan dari depan ke belakang untuk menghalang bakteria dari dubur masuk ke dalam vagina, setiap kali selepas buang air di tandas.
Salah satu petua yang boleh digunakan ialah jika gatal-gatal kemaluan tersebut disebabkan oleh alergen atau perengsa, anda haruslah mengenal pasti dan mengelak daripada alergen itu.
Elakkan seks tanpa perlindungan, terutamanya jika anda bimbang bahawa anda atau pasangan anda mungkin mengalami jangkitan.
Di samping itu, terdapat ubat-ubatan juga untuk membantu merawat gatal di kemaluan wanita. Ubat yang diberi berdasarkan kepada puncanya.
Diberi antibiotik Metronidazole atau Clindamycin dalam bentuk pessari, gel atau krim (yang dimasukkan ke dalam faraj) atau tablet.
Biasanya dirawati dengan pessari atau krim yang mengandungi clotrimazole, econazole, miconazole atau fenticonazole.
Diberi pil antibiotik Doxycycline selama tujuh hari atau Azithromycin atau Zithromax diambil satu dos tunggal.
Rawatan yang disarankan untuk gonorrhea adalah antibiotik sama ada ceftriaxone atau cefixime yang diberikan sebagai suntikan. Anda juga akan diberikan antibiotik yang dipanggil azithromycin yang diambil dalam bentuk tablet pada masa yang sama ini membantu merawat jangkitan Chlamydia (mudah untuk pesakit mendapat kedua-dua jangkitan itu bersama-sama).
Anda boleh dapatkan ubat gatal pada kemaluan wanita di farmasi dengan preskripsi daripada doktor yang berdaftar. Sila tanya doktor di laman web www.doctoroncall.com.my sekarang untuk penerangan lebih lanjut.