Rawatan Kanser Prostat: Apa Yang Anda Perlu Tahu

Rawatan Kanser Prostat: Adakah Pembedahan atau Radioterapi Terbaik untuk Anda? - DoctorOnCall

Kebanyakan lelaki akan dihidapi penyakit kanser prostate pada suatu masa selama hidup mereka. Mengikut Yayasan Kanser Prostat, satu daripada lapan lelaki biasanya didiagnosis dengan penyakit ini.

Rawatan untuk kanser prostat berbeza-beza bergantung kepada peringkat dan perkembangan penyakit tersebut. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan segala yang anda perlu tahu tentang rawatan kanser prostat.

Memahami Kanser Prostat

Prostat adalah sejenis kelenjar kecil yang terletak di kawasan pelvis lelaki dan merupakan sebahagian daripada sistem reproduktif lelaki. Kelenjar sebesar biji walnut ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan cecair ejakulasi iaitu air mani semasa berhubungan intim1.

Kanser prostat berlaku apabila sel kanser tumbuh tanpa kawalan di dalam kelenjar prostat2. Jika tidak dirawat, sel-sel kanser ini boleh merebak ke bahagian lain dalam badan. Oleh itu, adalah penting untuk mengesan dan merawat kanser prostat dengan cepat.

Bagaimana Merawat Kanser Prostat?

Terdapat beberapa kaedah rawatan kanser prostat yang tersedia, termasuk pembedahan, terapi radiasi, dan terapi hormon3.

Namun, jenis rawatan yang dipilih perlu dipertimbangkan berdasarkan peringkat dan perkembangan kanser serta kesihatan keseluruhan pesakit.

Pemantauan

Terdapat beberapa kes di mana doktor akan mencadangkan pemantauan sebagai alternatif untuk menangguhkan rawatan kanser sehingga kanser tersebut menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan atau gejala kanser prostat. Prosedur ini biasanya dilakukan apabila sel-sel kanser tidak merebak dengan cepat.

Pemantauan boleh dilakukan dengan dua cara iaitu4:

  • Pengawasan aktif: Ini melibatkan pemantauan kanser prostat secara berterusan melalui ujian PSA dan biopsi prostat berkala, serta memberikan rawatan apabila terdapat tanda-tanda pertumbuhan atau gejala yang muncul.

  • Penjagaan: Kaedah ini tidak melibatkan ujian dan rawatan hanya diberikan ketika gejala muncul. Kaedah ini sesuai untuk pesakit yang dijangka mempunyai jangka hayat yang singkat (kurang daripada 10 tahun).

Pembedahan

Rawatan pembedahan utama bagi kanser prostat ialah prostatektomi radikal di mana seluruh kelenjar prostat dan sebahagian tisu yang mengelilinginya akan dipotong. Bergantung pada tahap kanser, pembedahan ini mungkin juga melibatkan pembuangan nodus limfa yang berdekatan5.

  • Prostatektomi Radikal: Prosedur ini boleh melibatkan pembuangan prostat, vesikel seminal, dan nod limfa. Namun, prosedur ini boleh memberi kesan kepada fungsi seksual, tetapi melalui pembedahan nerve-sparing, risiko ini dapat dikurangkan.

  • Prospektomi Robotic atau Laparoskopi: Prosedur ini kurang invasif berbanding dengan pembedahan prostatektomi radikal dan boleh memendekkan masa pemulihan.

  • Pembedahan Orchiectomy: Melibatkan pembuangan kedua-dua testis (buah zakar).

  • Reseksi Transuretral Prostat (TURP): Prosedur ini digunakan terutamanya untuk melegakan melegakan saluran kencing tetapi tidak dapat merawat kanser prostat.

Radioterapi

Radioterapi merupakan satu kaedah rawatan yang menggunakan sinar-x berenergi tinggi untuk membunuh sel kanser.

Terdapat dua jenis radioterapi4:

  • Sinaran Rasuk Luaran: Melibatkan mesin yang digunakan untuk mengarahkan sinar radiasi yang tinggi ke kawasan prostat untuk memusnahkan sel kanser dan mengurangkan saiz tumor.

  • Terapi Radiasi Dalaman (Brachytherapy): Melibatkan dos radiasi yang tinggi melalui benih radioaktif kecil dan ditanam secara dalaman ke dalam prostat.

Terapi Hormon

Rawatan terapi hormon membantu untuk menghalang pertumbuhan sel kanser prostat dalam kelenjar prostat dengan mengurangkan tahap hormon lelaki di dalam badan5.

Rawatan ini sering digunakan bersama dengan terapi radiasi bagi pesakit yang mengalami risiko kanser prostat yang sederhana. Selain itu, rawatan ini juga boleh dianggap sebagai langkah utama dalam merawat pesakit yang mengalami kanser prostat yang lanjut atau berkemungkinan menjadi lebih serius.

Kemoterapi

Rawatan ini melibatkan penggunaan ubat-ubatan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Ubat-ubatan ini bertindak dengan menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel-sel kanser5.

Kebiasaannya, kemoterapi digunakan untuk merawat kanser prostat tahap akhir atau kanser prostat yang tidak menunjukkan respons kepada rawatan lain. Rawatan ini diberikan dalam kitaran yang telah ditetapkan untuk jangka masa tertentu.

Imunoterapi

Prosedur ini melibatkan penggunaan sistem pertahanan badan untuk memerangi kanser secara berkesan. Proses ini membantu meningkatkan ketahanan badan dalam melawan sel kanser, sambil mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser yang lain5.

Kesimpulannya

Kanser prostat merupakan penyakit yang paling biasa di kalangan lelaki. Pengesanan dan rawatan awal amat penting bagi meningkatkan keberkesanan rawatan. Setiap jenis rawatan mempunyai kebaikan dan risiko tersendiri, maka pesakit haruslah berbincang dengan doktor mereka untuk menentukan pilihan rawatan terbaik. Dengan rawatan yang betul, pesakit yang mengalami kanser prostat dapat menikmati kehidupan sihat dan memuaskan.

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall