Mulut Berbau? Kenali Tips & Cara Hilangkan Bau Mulut

Cara & Tips Berkesan Menghilangkan Serta Atasi Masalah Bau Mulut- DoctorOnCall
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Saya Munirah berusia 25 tahun. Saya mempunyai masalah mulut berbau. Saya perasan tentangnya apabila ditegur oleh adik-adik saya. Mereka budak kecil dan sangat jujur. Pada mulanya saya tidak percaya sehinggalah apabila saya bertanya kepada rakan baik saya dan dia juga mengatakan hal yang sama. Semenjak daripada itu, saya kurang bercakap dan lebih kerap menyendiri. Masalah ini benar-benar mengganggu emosi dan keyakinan diri saya. Saya inginkan penyelesaian yang terbaik untuk masalah ini. Jika dibiarkan, lama kelamaan saya rasa saya akan murung dan ia pasti akan menjejaskan masa hadapan saya untuk mencari pekerjaan dan pasangan. Mohon doktor beri pencerahan bagi masalah yang saya hadapi. Terima Kasih.
Anonymous
Salam Sejahtera Doktor. Saya Munirah berusia 25 tahun. Saya mempunyai masalah mulut berbau. Saya perasan tentangnya apab... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih saya ucapkan kepada saudari Munirah. Pertama sekali, saya memuji tindakan saudari yang berani untuk menceritakan masalah ini kepada saya serta tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang saudari hadapi. Saya faham tentang kebimbangan yang anda hadapi dan sedia untuk memberi bantuan sehabis boleh. Masalah mulut berbau merupakan masalah yang kerap dialami masyarakat. Namun, bukan semua yang ada masalah ini sedar tentang hal tersebut. Memandangkan mulut mempunyai pelbagai struktur yang boleh menyebabkan risiko bau yang kurang menyenangkan ini, maka tidak terkejutlah jika seseorang individu mengalami masalah ini. Gigi, gusi, tekak dan sebagainya boleh menjadi tempat kuman membiak. Seeloknya, saya akan terangkan dengan lebih lanjut melalui penulisan saya dibawah.

Terima kasih saya ucapkan kepada saudari Munirah. Pertama sekali, saya memuji tindakan saudari yang berani untuk menc... See More

Apakah Penyebab Bau Mulut?

Masalah mulut berbau atau secara terma medikalnya turut dikenali sebagai halitosis boleh menyebabkan seseorang berasa malu dan lebih teruk lagi sehingga mengganggu aspek psikologinya. Cara hilangkan bau mulut, cara hilangkan bau badan, antara rungutan pesakit semasa mereka mengunjungi klinik. Oleh sebab itu, usahawan-usahawan tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan menghasilkan pelbagai produk kumur dan penjagaan mulut untuk menghilangkan masalah ini. Namun, tahukah anda kebanyakannya hanya berfungsi dan bersifat sementara sahaja? Ia tidak menyelesaikan punca masalah mulut berbau ini. 

Siapakah sebenarnya yang alami gejala ini? Kebanyakan individu tidak menyedari tentang masalah mulut berbau yang mereka alami. Ahli keluarga atau orang sekeliling yang menegur mereka tentang gejala ini. Amat jarang sekali, terdapat segelintir individu yang terlalu sensitif tentang bau mulut mereka sehingga mereka merasakan mereka turut alami gejala ini walaupun mulut mereka tidak begitu berbau. 

Terdapat segelintir makanan, masalah kesihatan dan gaya hidup yang boleh menyebabkan masalah berbau ini. Antaranya ialah:

  • Makanan Yang Berbau

Bawang putih, rempah ratus dan bawang secara amnya mempunyai bau yang kuat sehingga boleh meninggalkan kesan pada mulut anda. Setelah anda memakannya, ia akan dihadam dalam sistem pencernaan anda, masuk ke salur darah anda serta dihantar ke paru-paru anda dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Jika makanan ini ialah makanan kegemaran anda, mungkin anda boleh kurangkan kuantitinya serta kurangkan memakannya secara mentah bagi mengelakkan risiko mulut berbau. 

  • Merokok

Jika anda seorang perokok, anda pasti sudahpun mengetahui tentang risiko gejala ini untuk berlaku. Produk yang mengandungi tobako sememangnya akan meninggalkan bau kuat yang kurang menyenangkan kepada mulut atau pakaian yang anda pakai. Selain itu, perokok juga berisiko tinggi untuk mengalami masalah keradangan gusi akibat bahan toksik pada rokok. Sebarang masalah kesihatan yang menjejaskan gusi mempunyai risiko mulut berbau.

  • Tidak Menjaga Kebersihan Mulut

Pasti ada sebabnya jika anda dididik untuk menggosok gigi selepas makan, sebelum tidur, sewaktu mandi. Hal ini bagi memastikan gigi dalam keadaan bersih dan tiada sisa makanan yang tersangkut di celahan gigi. Jika hal ini berlaku, amalkan mengflos gigi bagi mengelakkan ia tersangkut dan reput sehingga menggalakkan pertumbuhan kuman. Kuman itulah yang menjadi punca kepada gejala ini. Dalam pada itu, kuman yang ada juga akan merebak pada gusi anda. Oleh sebab itu, anda akan alami gejala gusi bengkak akibat keradangan yang disebabkan oleh kuman tersebut. Jika anda dapati lidah anda berubah menjadi warna putih, ia mungkin juga merupakan kuman yang hinggap pada lidah anda akibat sisa makanan yang tidak dibersihkan pada lidah. Bagi mereka yang menggunakan gigi palsu juga perlu menjaga kebersihan gigi palsu tersebut kerana ia juga mempunyai sisa makanan yang boleh mereput dan dijangkiti kuman. 

  • Ubat-ubatan

Terdapat ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mulut berbau kerana bahan kimia yang ada pada kandungan ubat tersebut. 

  • Jangkitan Kuman Pada Mulut

Jika anda alami masalah gigi atau gusi bernanah, ia juga berisiko mengakibatkan masalah ini. Maka, jika anda alami gejala sakit gigi, demam, gigi dan gusi bengkak serta mulut berbau ia mungkin disebabkan jangkitan tersebut. 

  • Jangkitan Kuman pada Hidung dan Tekak

Masalah resdung boleh menjadi punca gejala ini. Hal ini kerana, cecair yang telah dijangkiti kuman daripada bahagian sinus hidung atau mulut mungkin telah mengalir ke tekak sehingga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, jika anda alami, sakit pada tulang muka, hidung berhingus, tekak berkahak, demam, anda mungkin alami masalah ini. Jangkitan kuman pada tonsil juga turut menghasilkan bau busuk. Jika anda alami kesukaran dan kesakitan sewaktu menelan makanan, demam, sakit tekak dan anda lihat tompok putih pada tonsil anda, anda mungkin alami jangkitan kuman pada tonsil.

Bagaimanakah Cara Untuk Mencegah Bau Mulut?

Kedengaran seperti luar biasa, namun, untuk mencapai diagnosis mulut berbau, doktor akan menghidu bau mulut dan menandakan tahap keterukan bau tersebut. Memandangkan kebanyakan punca bau adalah daripada lidah, doktor juga akan mencalit bahagian tersebut dan menandakannya juga mengikut tahap keterukan mulut berbau. 

Jadi, apakah sebenarnya cara menghilangkan bau mulut selamanya? Doktor akan menyarankan penggunaan ubat gigi yang lebih berkesan seperti mempunyai kandungan antikuman untuk membunuh kuman pada gigi dan plak gigi. 

Jika anda mempunyai masalah gusi bernanah dan masalah kesihatan lain, anda juga akan dirawat mengikut punca mulut berbau tersebut. Masalah jangkitan pada gusi kadang-kala ialah jangkitan yang degil dan memerlukan rawatan pakar untuk merawatnya. Hal ini kerana, kebanyakan pesakit membiarkan jangkitan tersebut melarat sehingga kuman telah menghasilkan kumpulan nanah dan lubang yang dalam pada gusi. Jika hal ini berlaku, anda akan dirujuk oleh doktor gigi kepada pakar gusi. Selain itu, jangkitan kuman pada tonsil pula akan dirawat dengan menggunakan antibiotik jika ia disebabkan oleh organisme seperti bakteria. 

Maka, apakah yang anda boleh lakukan dirumah untuk mencegah bau mulut ini? Apakah petua hilangkan bau mulut? Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan:

  • Menggosok gigi selepas makan
  • Flos gigi pada setiap hari
  • Menggosok lidah 
  • Membersihkan gigi palsu anda
  • Elakkan mulut kering
  • Kerap berjumpa doktor gigi 
  • Kerap menukar berus gigi jika perlu
  • Berhenti merokok
  • Mengurangkan makanan yang berbau