Doktor untuk masalah haid tidak teratur di Malaysia


Pendarahan haid atau menstruasi ialah pendarahan daripada lapisan rahim. Masalah haid tak teratur sering merisaukan kerana kitaran haid menentukan tahap kesuburan dan kesihatan para golongan wanita. Mereka mula berasa resah apabila haid tidak datang sebulan. Darah haid yang sedikit dan tidak lancar boleh disebabkan oleh pelbagai punca seperti berikut: 

  • Umur 

Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja. Manakala, jika anda sedang menopaus, anda mungkin mengalami haid yang tidak teratur iaitu haid sedikit dan sebentar. Ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan hormon.

  • Berat badan dan diet

Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda. Mempunyai berat badan yang sangat kurang boleh menyebabkan haid anda menjadi tidak teratur kerana hormon anda tidak berfungsi dengan normal. Di samping itu, kehilangan atau peningkatan berat badan yang melampau menjadi punca haid tidak teratur bagi remaja.

  • Kehamilan

Jika anda hamil, tidak mungkin anda akan datang haid. Anda mungkin menyedari beberapa ‘spotting’ dan mengangap ia adalah haid, tetapi ia sebenarnya mungkin pendarahan implan. Ini boleh berlaku apabila telur yang sudah disenyawakan tertanam pada lapisan rahim. Pendarahan implan biasanya berlanjutan selama dua hari atau kurang.

  • Penyusuan susu ibu

Jika anda sedang menyusu anak anda, haid anda mungkin tidak datang selepas bersalin. Hormon penghasilan susu menghalang ovulasi dan menangguhkan haid anda. Haid anda akan datang beberapa bulan selepas bersalin jika anda berhenti menyusu. Anda masih boleh hamil semasa menyusu, walaupun haid anda belum datang. Ini kerana anda akan mengalami ovulasi dua minggu sebelum tempoh pertama selepas bersalin. Sekiranya anda ada melakukan hubungan seksual yang tidak dilindungi semasa menyusu dan mengalami ‘spotting’, adalah disyorkan untuk menjalani ujian kehamilan untuk mengesahkan bahawa ‘spotting’ tersebut tidak disebabkan oleh pendarahan implantasi.

  • Kawalan kelahiran

Ubat perancang juga boleh menyebabkan darah haid yang sedikit dan tidak lancar. Sesetengah kaedah kawalan kelahiran menghalang telur daripada dilepaskan ke dalam badan. Cara - cara kawalan kelahiran ialah:

  • Pil
  • Patch'/tampalan bentuk seperti cincin
  • Suntikan

Apabila badan anda tidak melepaskan telur, rahim tidak akan menghasilkan lapisan tebal. Keadaan ini menyebabkan darah haid yang sedikit dan melangkau tempoh haid. Anda juga mungkin mengalami haid yang tidak teratur jika anda telah mula atau berhenti mengambil pil perancang baru-baru ini.

  • Tekanan emosi

Jika anda tertekan pada hari tertentu, badan mengubah hormon kitaran haid. Anda mungkin mengalami tempoh haid yang dilangkau atau darah haid yang sedikit. Apabila tekanan emosi sudah pulih, haid anda akan kembali kepada kitaran normal.

  • Gangguan pemakanan

Anoreksia nervosa dan bulimia adalah jenis gangguan pemakanan yang boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Masalah ini boleh menyebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal kitaran haid anda.

  • Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Sekiranya anda mengalami masalah darah haid keluar sedikit tapi lama, haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi, ia boleh disebabkan oleh PCOS. Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh:

  • Menjejaskan berat badan anda dan membawa kepada obesiti
  • Menyebabkan jerawat
  • Menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
  • Membawa kepada ketidaksuburan atau mandul

PCOS boleh didiagnosa melalui penggunaan ultrasound yang boleh mengambarkan sista(cyst) yang terbentuk dalam ovari anda. Sekiranya anda mempunyai PCOS, doktor mungkin mencadangkan anda menurunkan berat badan dan mengambil pil kontraseptif untuk membantu haid anda kembali normal. Doktor juga akan mengesyorkan metformin (Glumetza, Riomet, Glucophage). Ubat ini biasanya diberikan untuk pesakit diabetes jenis 2. Ia membantu mengawal tahap insulin dan boleh membantu meningkatkan ovulasi, yang boleh mengawal kitaran haid anda.


Punca haid lambat sedikit sebanyak sama seperti punca haid sedikit. Sememangnya, kelancaran kitaran haid dipengaruhi oleh kadar hormon dalam badan. Mana-mana keadaan yang menjejaskan keseimbangan hormon dalam badan akan secara tidak langsung mengakibatkan ketidaklancaran kitaran haid seseorang.

  • Sindrom Polisistik Ovari

Ini adalah salah satu punca utama yang menyebabkan haid lambat. Sindrom polisistik ovari menyebabkan darah haid yang kurang (oligomenorrhoea). Ketidakseimbangan hormon yang berlaku dalam badan seseorang wanita memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulusi.

  • Ubat-ubatan

Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.

  • Tekanan emosi atau "Stress"

Tekanan emosi dari tempat kerja atau kehidupan seharian juga boleh menyebabkan masalah haid kerana ia mempengaruhi keseimbangan hormon.

  • Senaman yang berlebihan

Senaman yang berlebihan memberi kesan kepada keseimbangan hormon dengan mempengaruhi kelenjar hipotalamus.


Darah haid yang sedikit mungkin disebabkan oleh salah satu daripada banyak punca. Ia mungkin terjadi sekali sahaja. Jika keadaan darah haid sedikit ini berterusan atau anda mengalami sebarang gejala yang teruk, anda mungkin memerlukan rawatan lebih lanjut.

  • Doktor akan membincangkan sebab-sebab yang mungkin menyebabkan darah haid sedikit dan membuat ujian untuk pelbagai keadaan dan seterusnya menentukan pelan rawatan yang sesuai.
  • Darah haid sedikit yang berterusan dan bermasalah mungkin dirawat dengan perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.
  • Penggunaan pil perancangan dapat membantu melancarkan aliran haid dan tempoh haid akan menjadi lebih teratur. Jika darah haid sedikit anda adalah tanda sesuatu yang lebih serius, rawatan mungkin termasuk ubat-ubatan lain atau intervensi lain.


Salah sebuah cara untuk melancarkan darah haid yang sedikit ialah dengan mengambil ubat. Ubat untuk datang haid yang boleh digunakan ialah pil perancang Mercilon (oral contraceptive pill).

  • Pil perancang Mercilon merupakan sejenis pil perancang gabungan (combined oral contraceptive pill). Setiap biji pil ini mengandungi sejumlah kecil dua jenis hormon wanita, iaitu ethinyestradiol (estrogen) serta desogestrel (progesteron). Setiap pil mengandungi dos hormon yang sama, lalu pil perancang ini dipanggil pil monofasik.
  • Pil ini bertujuan untuk mencegah hamil, tetapi ada juga yang menggunakan pil Mercilon supaya haid lebih teratur, mengurangkan pendarahan serta mengurangkan senggugut. Sekiranya pil ini diambil mengikut arahan, ia amat berkesan dalam mencegah kehamilan sehingga 99%
  • Pil ini mampu mencegah kehamilan kerana dos hormon yang dimakan akan menyekat pelepasan telur dari ovari. Sekiranya tiada telur yang dilepaskan, maka anda tidak boleh hamil.
  • Selain itu, pil ini juga menyebabkan lendir pada pangkal rahim menjadi lebih pekat supaya sperma lebih susah untuk masuk ke dalam rahim.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my Terima kasih.


Konsultasi Doktor Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Kategori


Alahan (13) Anemia (37) Asid Refluks (24) Asthma (12) Badan Gemuk (26) Batuk (203) Benjolan Di Kulit (286) Bisul (62) Buasir (192) Cara Berhenti Merokok (37) Chlamydia (10) Cirit Birit (47) Darah Nifas (14) Darah Tinggi (148) Dehidrasi (2) Demam (571) Derma Darah (14) Ejakulasi Pramatang (184) Ekzema (14) ENT (917) Fibroid (27) Gallstone (3) Gastrik (41) Gigi & Gusi (448) Gonorea (58) Haid Berlebihan (146) Haid Berpanjangan (739) Haid Lewat (1643) Haid Sakit (188) Haid Tidak Teratur (1993) Hepatitis A (3) Hepatitis B (38) Hepatitis C (10) Herpes (75) Hipotensi (17) HIV (300) HPV (38) Insomnia (75) Jangkitan Coronavirus (2657) Jerawat (161) Kahak (83) Kandidiasis (7) Kebas (236) Keguguran (110) Kehamilan (1846) Kencing Manis (194) Keputihan (653) Keputusan Siasatan (42) Keracunan Makanan (15) Kesihatan Am (4771) Kesihatan Am Wanita (398) Kesihatan Kanak-Kanak (820) Kesihatan Rambut (96) Kesihatan Seksual (1977) Ketuat (54) Kolesterol Tinggi (63) Kulat di Faraj (140) Kurang Berat Badan (65) Kurang Selera Makan (43) Kurap (40) Kutu (5) Lebam (5) Makanan Tambahan (51) Masalah Buah Pinggang (53) Masalah Kencing (879) Masalah kesuburan (6) Masalah Peluh (65) Masalah Penglihatan (15) Masalah Psikiatri (475) Masalah Tangan Dan Kaki (340) Masalah Tidur (65) Mati Pucuk (307) Migrain (44) Mual & Muntah (90) Mulut Berbau (16) Najis Abnormal (236) Najis Berdarah (123) Pedih Ulu Hati (69) Pelindung muka (3) Pencegahan Koronavirus (59) Pendarahan Coklat (134) Pendarahan Spotting (157) Penerangan Penyakit (38) Pening Kepala (82) Penuaan (6) Penyakit Jantung (216) Penyakit Kelamin (1055) Penyakit Kulit (1534) Perancangan Keluarga (1030) Pil Perancang Kecemasan (528) Pitam (78) Prosedur Perubatan (103) Psoriasis (16) Sakit Badan (574) Sakit Belakang (120) Sakit Dada (903) Sakit Kepala (1192) Sakit Lutut (176) Sakit Mata (290) Sakit Mulut (74) Sakit Otot (35) Sakit Payudara (356) Sakit Perut (1408) Sakit Pinggang (157) Sakit Tekak (550) Sakit Telinga (67) Sakit Tulang (80) Sakit Tumit (71) Selsema (32) Selsema burung (5) Sembelit (97) Sendawa (23) Sesak Nafas (661) Sifilis (107) Sinusitis (35) Strok (35) Tidak Datang Haid (100) Tidur Berdengkur (7) Tiroid (165) Tonsil (76) Trauma (6) Ubat-Ubatan (472) Ujian Kehamilan (495) Ulser mulut (20) URTI (107) Vaksin COVID-19 (14) Vitamin dan Nutrisi (87) Wabak bubonic (4)
Need Help?