Sulit

3 tahun

Ada bonjolan dalam payu dara sebelah kiri

saya wanita berumur 20 tahun. saya perasan dalam breast sebelah kiri ada bonjolan, tak silap benda ni dah lama dalam mungkin sudah 2 tahun sebab dia mcm tiada apa apa perubahan. tidak sakit dah tidak membesar juga. breast tidak mengalami apa apa perubahan tiada bojolan di luar. cuma die mcm bengkak sedikit waktu nak period. saya ade baca tanda tanda kanser, tapi seperti tidak pula saya nampak perubahan pada saya. jadi saya mohon pencerahan sebelum saya boleh buat apa apa check up.

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang benjolan di payudara.

Untuk makluman anda, ketulan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Ketulan susu
  • Fibroadenoma payudara
  • Radang payudara
  • Lipoma (ketulan kulit)

Ketulan ini juga boleh jadi ketika hampir waktu period kerana perubahan hormon, gejala lain yang biasa dilaporkan adalah sakit di payudara ketika tarikh hampir period dan ini dikenali sebagai cyclical breast pain. Namun begitu, saya tidak boleh membuat apa apa konklusi kerana pemeriksaan fizikal perlu dilakukan di klinik bagi mengetahui keadaan sebenar. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Anda juga boleh membuat pemeriksaan sendiri payudara(PSP) di rumah bagi mengesan tanda awal kanser, ia merangkumi 5 langkah berikut:

  1. Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
  2. Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
  3. Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
  4. Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
  5. Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Ujian PSP dinasihatkan untuk dilakukan sebulan sekali. Waktu yang sesuai ialah 7-10 hari selepas haid.

Dapatkan kesihatan wanita yang maksimum demi kesejahteraan anda !

Sekiranya anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.

  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

AdobeStock_85826198

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)