
mohamadhafisazizah
4 tahun
Ada masa pedih dada sebelah kiri
Saya lelaki dalam 20’an Dan saya ada masalah kerap sendawa bila nak buang air besar tidak keluar tapi angin yang keluar kadang perut terasa bergerak. Apa masalah doktor .?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Masalah radang hempedu/pankreas
- Masalah bawah paru-paru seperti jangkitan kuman yang menyebabkan iritasi tisu diafragma
- Sembelit
- Masalah jantung - jarang berlaku pada orang muda namun boleh diperiksa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.