
Sulit
4 tahun
Ada tompokan kecil@sedikit darah, apabila meludah
baru2 nie dah check dgn doctor di klinik kesihatan, untuk check di kerongkong. kata doktor ada sedikit kemerahan.Namun acapkali apabila saya meludah, terdapat tompokan kecil@sedikit darah… kenapa ye doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Gejala ludah berdarah seperti yang anda nyatakan dihadapi anda adalah mungkin kerana penggunaan alat doktor itu sendiri untuk melihat kerongkong anda. Alat itu mungkin mencederakan sedikit bahagian kerongkong anda dan itu yang menyebabkan pengeluaran tompokan berdarah sedikit. Namun, pihak kami tidak boleh membuat kesimpulan tanpa maklumat yang lengkap daripada pesakit sendiri.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.