
Sulit
4 tahun
Adakah berisiko sekiranya saya mengambil ubat untuk turun darah haid, atau ke klinik?
Hello doktor, saya wanita berumur 28 tahun dah sudah berkahwin anak 2. Saya difahamkan hamil lagi dan haid terakhir pada 6/11/2020. Semalam 28/12/2020 saya buat pregnancy test dan disahkan hamil. Kehamilan kali ini tak dirancang dan saya ingin gugurkan. Bolehkah saya mengambil mana mana ubat atau ke klinik untuk proses abort?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda hadapi. Namun begitu, menggugurkan anak tanpa sebab-sebab yang munasabah dari segi perubatan adalah salah di sisi undang-undang. Anda perlu berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk diperiksa lebih lanjut sebelum langkah seterusnya dibuat.
Oleh itu, kami tidak dapat menjawab persoalan anda mengenai ubat atau mana-mana klinik yang membuat prosedur pengguguran.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dan mendapatkan khidmat konsultasi daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.