
hana_fugiya
3 tahun
Adakah cuaca boleh menyebabkan sakit kepala dan ciri sakit kepala untuk orang yang mengalami resdung. Adakah hanya di bahagian tertentu sahaja?
Salam sejahtera. Saya berusia 27 tahun dan saya saya ingin tahu sekiranya cuaca hujan/mendung boleh membuatkan seseorang sakit kepala? Saya juga ingin tahu, bagaimanakah ciri sakit kepala bagi orang yang mengalami resdung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, apabila resdung terjadi, keradangan akan berlaku. Kebiasaanya kerana reaksi alergi atau jangkitan .Ia akan membengkak, membuat lebih banyak lendir, dan saluran yang mengalirkannya dapat tersumbat. Peningkatan tekanan pada sinus menyebabkan kesakitan yang terasa seperti sakit kepala.
Manakala sakit kepala kepala ketika cuaca mendung adalah disebabkan perubahan tekanan yang membuatkan perubahan kimia berlaku dalam otak. Tindak balas ini menganggu saraf sekaligus menyebabkan berlakunya sakit kepala.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.