Sulit
5 tahun
Adakah darah period Saya normal?
Saya wanita berusia 30an,period Saya normal(setiap bulan) tetapi sejak awal tahun ini jika tiba waktu period Saya, darah akan keluar sedikit @tersekat2 macam susah nak keluar. Perkara ini berlarutan selama 1,3 hari baru darah period akan keluar normal.
Adakah itu normal?
Saya adalah seorang ibu anak tiga( ketiga2 anak dilahirkan secara czer).
Terima kasih doc.
Adakah ini normal?
Saya seorang ibu anak tiga (semuanya Di lahirkan secara czer)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya berpendapat tidak ada masalah dengan haid anda. Gejala yang anda hadapi tidak merujuk kepada apa-apa penyakit. Maka anda tidak perlu risau buat masa ini. Kebiasaannya, masalah dengan haid adalah seperti haid lambat, kitaran tidak teratur, darah keluar terlalu banyak atau datang haid berlebihan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



























