Sulit
3 tahun
Adakah fisio terapi untuk tulang belakang akan mempengaruhi period dan akan memberi effect yang kurang baik atau apa effect yang kita akan terima?
Saya seorang wanita berusia 28tahun dan telah berkawin (6tahun)…pada 2/6/2020 saya telah period selama 2 hari dan sangat sedikit…hanya beberapa titik…saya juga telah cek dan mendapati saya tidak hamil…pada 17/6/2020 saya telah pergi mendapatkan rawatan fisioterapi untuk sakit tulang belakang (tidak terlalu teruk)…dan saya dapati pada 18/6/2020 keluar darah seakan period…dan pada hari nie 19/6/2020 masih keluar darah tetapi bukan dalam kuantiti yang banyak…darah berwarna merah terang dah tidak berketul2…pertanyaan saya,adakah keadaan ini normal selepas melakukan fisioterapi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, fisioterapi tidak mempengaruhi kitaran haid anda. Terapi ini merupakan senaman yang fokus kepada otot atau sendi yang ingin dirawat. Sebaiknya anda hitung dari haid bulan Mei untuk menganggarkan yang mana period sebenar. Anggaran kitaran haid ialah 28 hari daripada hari pertama haid lepas.
Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki tentang haid anda. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan untuk mengenal pasti adakah ini suatu masalah kesihatan ataupun tidak…
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.