
hyazeedkhairyll
4 tahun
Adakah garam jenis Himalaya Pink Salt sesuai untuk penjagaan gigi dan gusi?
Saya Khairyll 30’han ingin bertanya tentang penggunaan garam(Himalaya Pink Salt) ketika berkumur. Kita tahu berkumur menggunakan garam adalah disarankan, tetapi apakah bagus berkumur mengunakan garam jenis Himalaya Pink Salt pada setiap hari? Adakah ia ‘harmful’ untuk gusi dan gigi atau sebaliknya? Thanks doc.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tidak ada kajian yang menentukan jenis garam yang terbaik untuk berkumur. Disebabkan kandungan sodium dalam semua jenis garam mahupun Himalayan Salt tidak mempunyai perbezaan yang ketara, ia akan memberi kesan yang sama seperti jenis garam lain.Walaupun berkumur dengan air garam tidak mendatangkan kesan sampinngan yang agak serious namun ada beberapa hal yang dapat merugikan. Antaranya ialah terlalu kerap kumur air garam setiap hari dalam waktu yang lama akan melemahkan enamel gigi dan gusi. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mengehadkan perkara ini 2-3 kali dalam seminggu.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian untuk maklumat lanjut. Terima kasih.