Sulit
4 tahun
Adakah Gejala Saya Ini Tanda Kehamilan?
Saya wanita berumur 32 tahun, dah berkahwin selama 2 tahun lebih. Saya sejak dari kecil memang ada masalah dengan haid yang tak teratur. Baru-baru ni saya ada mengalami beberapa simptom selepas saya haid bulan febuari. Kat peranakan sebelah kiri saya selalu terasa nyeri macam berdenyut-denyut, jantung saya pula berdenyut cepat, saya mudah letih dan mudah mengantuk dari sebelum ni. Kepala saya akan terasa berat setiap kali bangun pagi. Payudara saya pula saya terasa berat dan berat badan saya juga meningkat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur seperti :
• Awal kehamilan
• Akil baligh: Haid anda mungkin tidak teratur untuk setahun atau dua tahun pertama haid berlaku
• Permulaan menopaus (antara umur 45 dan 55)
• Penyusuan
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Saya sarankan untuk puan cuba UPT pada waktu pagi selepas 14 hari lewat haid untuk keputusan yang lebih tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























