
Sulit
4 tahun
Adakah ini darah haid atau bukan darah haid
hai selamat tengah hari doktor , malam semalam saya mengalami cramp perut dan ade darah berketul sehingga pagi tadi, tengah hari ni sudah tiada darah berketul atau pun darah haid . adakah itu normal untuk darah haid ataupun bukak darah haid ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada kami.
Kami faham kebimbangan anda tentang masalah darah haid yang berketul yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan anda, pendarahan haid sebegini boleh disebabkan oleh beberapa perkara antaranya;
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk info secara mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan pihak kami secara peribadi untuk penerangan dan nasihat yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berketul? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!