
Sulit
3 tahun
Adakah kandungan ubat hurix cool inhaler selamat untuk digunakan?
Hi doc… sy naka tnya, utk ibu yg mengandung mcm sy (15minggu) boleh tak sy pakai hurix cool inhaler utk meredakan masalah flu sy? Ubat tersebut mengandungi
RADIX ANGELICA DAHURICA, FLOS MAGNOLIA BIONDII. Adakah ianya selamat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hingga saat ini, tidak ada kajian yang menunjukkan ibu mengandung tidak boleh menggunakan produk tersebut. Produk tersebut selamat untuk digunakan oleh ibu mengandung dan anda boleh menggunakannya untuk meredakan masalah flu anda.
Namun, sebelum anda mengambil sebarang ubat-ubatan, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor