Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah kesan penguguran yang melebihi 3 kali akan merosakkan rahim & menyebabkan sukar untuk hamil lagi?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: April 3, 2021 9:22 AM

Sulit 9 bulan

Salam sejahtera. Terima kasih kepada pihak yang sudi menjawab pertanyaan saya ini.

Ringkasan sejarah saya, saya pernah melakukak penguguran (secara medical/pill) sebanyak 3 kali sebelum ini di sebuah klinik di ibu kota. Pertama; pada 2019, kedua; July 2020 & ketiga; January 2021.

Soalan saya, adakah akan ada masalah untuk mengandung di masa hadapan jika saya melakukan penguguran kali ke-4 dalam masa terdekat ini?

Terima kasih.

Dr Sri Viknarajan 9 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.

Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !

Pada dasarnya bagi menilai kesuburan seseorang wanita kami perlu tahu sejarah kesihatan, kondisi saat ini dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa. Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdekatan agar informasi yang diberikan lebih tepat.

Untuk pengetahuan puan, antara faktor risiko yang memainkan peranan terhadap kesuburan wanita lazimnya termasuk:

  • umur tua (35-37 tahun keatas)
  • sejarah merokok atau alkohol yang berlebihan
  • masalah berat badan atau obesiti
  • mempunyai sejarah seperti
    • operasi pada atau sekitar organ reproduksi wanita
    • haid tidak teratur
    • penyakit kelamin atau STDs
    • penyakit kronik atau neoplasma
    • gangguan kehamilan sebelumnya (i.e. keguguran, kandungan luar rahim, dll.)

Yang pasti, pada masa kini, terdapat pelbagai usaha yang boleh dijadikan pedoman bagi menelusuri dilema kesuburan wanita, justeru berbincanglah dengan doktor anda (bersama-sama suami) untuk mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan rancangan keluarga dan kesihatan kesuburan anda sekeluarga.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).

Dikemaskini pada: Sat Apr 03 2021 09:22:07 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah kesuburan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Vaksin COVID-19