
Sulit
4 tahun
Adakah menggaru kepala merupakan sesuatu yang normal?
Saya remaja 16 tahun,saya ada satu habit dimana saya suka garu kepala sampai berkerak dan bercuping,saya tiada masalah kegatalan Kepala, saya perasan habit ni mula terjadi apabila perlu menghadapi online learning,setiap kali buat kerja sekolah dan menemui soalan yang susah saya akan mula menggaru kepala kadangkala sehingga berair tapi saya akan rasa puas,adakah habit ni ok untuk saya teruskan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan adalah berkenaan habit anda untuk garu kepala. Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Anxiety
- Stress
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Dermatillomania
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri