Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah sama masih terdedah selepas Vaccine

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 26, 2021 5:34 PM

Sulit 3 bulan

Hi doktor, sama mempunyai soalan… Pada 22/6/2021 saya telah diberi vaksin AZ first dose.
Selepas itu pada malam tersebut saya telah memegang permukaan yg telah disentuh oleh seorang pesakit covid…saya tidak tahu bahawa beliau telah terkena jangkitan… Adakah saya mempunyai risiko besar terkena jangkitan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 57 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih di atas soalan yang diajukan.

Kami memahami kebimbangan anda mengenai jangkitan walaupun selepas vaksin.

Untuk pengetahuan anda, setiap orang yang sudah vaksin masih mempunyai risiko untuk dijangkiti, namun risikonya agak rendah dan komplikasinya juga berkurang.

Berbalik kepada situasi anda, terdapat risiko jangkitan melalui sentuhan permukaan yang tercemar kerana jika anda telah menyentuhnya dan tangan anda tercemar dengan virus, kemudian anda menyentuh hidung mulat atau muka anda, anda boleh menyebarkan virus ini ke saluran pernafasan dan seterusnya dijangkiti. Anda juga berpotensi menyebarkannya kepada orang lain. Oleh itu, sekiranya anda mengesyaki dijangkiti atau bergejala, sila rujuk doktor segera tau lakukan ujian saringan COVID-19.

Anda juga boleh berhubung dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.

Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah!

Dikemaskini pada: Mon Jul 26 2021 17:34:10 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19