Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Adakah saya kontak rapat pesakit covid19

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 22, 2021 3:45 PM

syamimisaid92 3 bulan

Saya berjumpa dengan adik ipar saya , dan dia disahkan positive covid19 . Saya tidak bersentuhan dan saya hanya duduk dilaman rumah sambil makan tanpa mask bila berhadapan dengan nya . Adakah saya perlu asingkan diri saya dengan semua orang ? Kerana saya mempunyai anak kecil yang masih saya susukan secara direct .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 3 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan

Melalui keterangan anda diatas, anda ingin tahu adakah anda perlu kuarantin dan tergolong dalam golongan kontak rapat. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda mengenai hal ini.

Untuk makluman anda, kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF. Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:

  • Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
  • Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
  • Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
  • Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.

Kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Anda dikira kontak rapat dan perlu mengasingkan diri dan dapatkan ujian saringan.

Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.

Anda boleh mengklik pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 . Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.

Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.

Terima kasih

Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Tue Jun 22 2021 15:45:17 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19