Sulit
5 tahun
Adakah selamat jika saya teruskan perjalanan ke luar negara
Saya inginkan pendapat dari Doktor, Selasa ini (03 Mar 2020) penerbangan saya ke Hanoi bersama 3 rakan. Adakah selamat jika saya teruskan perjalanan ke negara tersebut memandangkan kadar kenaikkan jangkitan COVID-19 semakin mendadak dari sehari ke sehari??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, pada waktu sekarang sebanyak 16 kes COVID-19 telah dicatatkan di negara Vietnam. Untuk mengelakkan sebarang penyebaran wabak COVID-19, adalah digalakkan untuk tidak pergi ke negara yang terlibat dengan kes berkenaan. Namun, jika ada urusan penting yang tidak dapat dielakkan, langkah-langkah pencegahan seperti kebersihan tangan dan memakai topeng muka adalah disarankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































