
Sulit
3 tahun
Adakah seseorang yang membuat kerja setengah jalan mempunyai masalah mental atau adakah penyakit khusus berkaitan masalah ini?
Salam sejahtera kepada Doctor on Call… saya mempunyai pertanyaan mengenai masalah seseorang yang membuat kerja setengah jalan seperti contoh di bawah:
1- menyapu dan meninggalkan sampah tanpa membuang ke dalam tong
2- menggunakan seterika tapi tidak menutup suis
3- membasuh perkakas dapur tapi tidak bersih
4- menggunakan mesin basuh tapi tidak menutup paip air
5- meninggalkan rumah dengan keadaan kipas dan television terbuka
6- membuka bungkusan tapi tidak membuang bungkusan tersebut kedalan tong sampah
7- tidak menutup pintu bilik@rumah ketika keluar.
8- tidak menutup lampu selepas menggunakannnya
Ini kerana pada hemat sy sesuatu pekerjaan atau aktiviti memerlukan dua benda untuk menyempurnakannya seperti basuh dan tutup suis, sapu dan buang, tutup dan keluar dsb.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak DoctorOnCall.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui sama ada ciri-ciri yang anda sebutkan di atas merupakan petanda masalah mental atau masalah lain. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, secara umum, masalah sedemikian boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai penjelasan atau faktor seperti:
- Pelupa
- Kurang fokus
- Tekanan atau stres
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa masalah kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, seperti:
- Masalah psikiatri - seperti Obsessive-compulsive disorder (OCD), Alzheimer Disease
- Masalah saraf atau ketumbuhan otak yang menyebabkan gangguan pemikiran
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai hal ini.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.