
Sulit
4 tahun
Adakah sy mengalami masalah psikologi?
Salam sejahtera. sy seorang lelaki dan berumur 34 tahun. sy seorang pesakit canser dan telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi. Sejak akhir² ini perasaan takut, risau dan pemikiran negative menghantui sy. bukan setakat risau takut dengan keadaan kesihatan sy tetapi segala hal dari masa lalu dtg menghantui sy. sy cuba utk menangkis perasaan tu dengan cuba berpikiran positif tetapi hati ni tetap risau dan takut.Berikut adalah serba sedikit keterangan diri sy. sy suke menyendiri dan tidak suka bergaul dgn rakan². Sikap tidak suka bergaul ini sejak dr zaman sekolah lg hingga sekarang. sy juga pnh menyakiti diri sy (menumbuk dinding dan melukakan diri)tapi sekarang sy tidak lagi melakukannya. tapi skrg sy mudah marah dan sy akan memaki hamun dan melemparkan barang yg ada di tangan sy.sy juga kurang keyakinan diri. ini menyebabkan sy susah utk bergaul dengan org ramai. Contohnya bila sy pergi ke tempat yg ada orang berkumpul seperti pasar raya dll sy seperti merasakan mereka memandang sy dan mentertawakan sy. sy tidak tahu apa sebabnya sy berasa seperti itu. sy juga tidak boleh panik. jika sy panik, sy akan hilang tumpuan, dada berdebar, nafas tidak teratur dan kadang kala rasa seperti tercekik. soalan sy, adakah sy mengalami masalah psikologi ataupun tidak. jika ya bagaimana sy perlu merawat penyakit ini. maaf jika penerangan sy yg agak panjang lebar. tq.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Namun jangan khuatir kerana anda semua tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan cemas menyeluruh (baca: generalized anxiety disorder)
- gangguan penyesuaian diri disertai gangguan kepribadian yang lain
- gangguan spektrum personaliti anti sosial disertai depresi ringan
- gangguan stres oleh faktor kerja, masalah personal atau kondisi kesihatan
- atau gangguan yang lain
Buat masa ini, anda boleh berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat bagi meraih sokongan emosi. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami nasihatkan anda untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing anda kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan anda.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan / kerisauan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.