
Sulit
3 tahun
Adakah tanda panik attack atau sebaliknya?
Hi doc,
Sy yana, 28 tahun dri puchong… Sy nak tanya kadang2 bila sy terbaca sesuatu artikal di fb atau sy terlalu penat sy akan mengalami mcm panic dan rasa macam nak pitam, rasa macam sesak nafas… Bila sy cuba tenang kan diri, fokus pada perkara lain, ia akan hilang sendri… Tapi stiap hari sy akan alaminya… Cara utk sy hilangkan dgn cuba fokus benda lain… Kenapa jadi macam tu ya?.. Ada apa2 ubat sy perlu ambil?..

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Mengikut keterangan anda, kami memahami anda ialah seorang pelajar dan anda mempunyai masalah panik dalam situasi tertentu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, serangan panik ( panic attack ) dikategorikan sebagai masalah psikiatri yang bermaksud ketakutan yang kuat yang berlaku secara tiba-tiba tanpa ada sebab yang jelas. Ciri-ciri serangan panik adalah :
- jantung berdegup laju
- berpeluh
- menggeletar
- sesak nafas
- rasa seperti tercekik
- sakit dada
- pening dan loya
- rasa seperti tidak berada dalam dunia sebenar
- rasa takut seperti mahu mati
Jika anda mengalami gejala-gejala seperti yang disenaraikan, anda mungkin mengalami serangan panik dan dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor pakar psikiatri untuk nasihat lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan doktor pakar psikiatri kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri