
Sulit
3 tahun
Adakah terdapat kemungkinan untuk berlaku keretak dan pendarahan dalaman pada kepala bayi berusia 8 bulan selepas jatuh dari katil
Bayi saya berusia 8 bulan dan terjatuh dari katil. Saya tak pasti bahagian mana yg terhentak dahulu. Semasa saya angkat, bayi sudah dalam keadaan meniarap dan menangis. Tiada kesan lebam, benjol atau sebarang luka pada kepala mahupun anggota badan yg lain. Tiada sebarang cecair yg keluar melalui hidung, telinga, dan mulut bayi. Saya cuba pantau dalam masa 24 jam. Kejadian berlaku pada jam lebih kurang 11.30 pagi. Bayi menangis sebentar dan berhenti setelah dipujuk. Kemudian kembali aktif dan bermain seperti biasa. Tiada menunjukkan rasa mengantuk atau bingung. Selera makan normal. Cuma pada jam 1.30 pagi, bayi muntah keluar susu. Kuantiti lebih kurang 1 sudu makan. Selepas itu bayi tidur dan bangun seperti biasa pada keesokan harinya. Perlukah saya bawa bayi ke hospital dan melakukan ct scan? Saya sangat risau jika ada keretakan mahupun pendarahan dalaman pada kepalanya. Harap doktor dapat membantu saya… Terima kasih.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda risau akan keadaan bayi 8 bulan anda yang terjatuh. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, bayi dan kanak-kanak agak lasak biarpun pada usia 8 bulan. Walaupun begitu, jika mereka jatuh ia tidak boleh dipandang ringan. Antara simptom yang perlu diambil berat setelah bayi jatuh adalah:
- menangis yang tidak henti
- ubun-ubun (soft-spot) membengkak
- bayi sentiasa mengusap kepala
- terlalu dan selalu tidur
- cecari keluar dari hidung atau telinga
- nangis pada nada yang amat tinggi
- anak mata berlainan saiz
- terlalu sensitif pada bunyi atau cahaya
- muntah yang tidak henti atau terlalu banyak
Berikut merupakan simptom yang perlu dilihat dengan teliti 24-72 jam selepas jatuh. Perincian yang anda berikan juga amat membantu dan menunjukkan tiada masalah serius setakat ini pada bayi anda. Namun, kami tidak dapat memberi kepastian kepada anda kerana tiada sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal pada bayi.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.