
Sulit
4 tahun
Adakah test dna boleh dilakukan apabila telah mengali keguguran
Hai doktor, saya wanita berusia 23 tahun nk tanya saya telah mengalami keguguran pada usia janin 12 minggu dan sekarang berpantang sda 26 hari dan drah akibat kguguran tu pun masih ada sedikit. Soalan saya, pasangan sya ingin melakukan DNA test untuk mengetahui adakah benar kandungan saya itu adalah hasil darinya. Bagaimanakah cara saya nak buktikn bahawa janin yg telah gugur itu anaknya sedangkan saya sudah keguguran dan janin telah pun ditanam. Terima Kasih doktor.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, DNA boleh dikesan dan diuji jika sample specimen diambil dan disimpan sebelum ditanam. Dari sisi agama, hukum menggali kubur orang yang sudah mati adalah haram.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.