
bobjanggut.bai
5 tahun
Air kencing berwarna merah
Saya mempunyai penyakit batu karang di dalam buah pinggang dan selalunya selepas saya berjogging air kencing saya akan berwarna merah…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Air kencing yang berwarna merah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Darah - akibat batu karang, radang pundi kencing, radang buah pinggang, penyakit auto-imun
- Kesan ubat - seperti rifampicin
- Kesan makanan seperti - beetroot
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.