
Sulit
5 tahun
Air ketuban rendah mengandung 32 minggu
Salam sejahtera Dr, sekarang saya mengandung usia dah mencapai 32minggu, ketika saya buat scan dia klinik swasta dan Dr dapati paras air ketuban cuma 7.7, dan keesokkan harinya saya ke klinik swasta lain dan buat scan skali lagi dan dapati air ketuban jadi 10.2…pertanyaan saya berapa jumlah paras air ketuban normal untuk mengantuk 32mnggu dan adakah bacaan akan turun naik macam yang saya alami sekarang ini adalah normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, air ketuban akan meningkat sejak minggu awal usia kehamilan sehingga minggu ke-33 kehamilan. Pada minggu ke-33 sehingga 38, kadar air ketuban akan dipertahankan pada isipadu yang sama yaitu diantara 5 hingga 24.
Merujuk kepada keluhan anda tentang perubahan kadar air ketuban, sebetulnya terdapat 2 teknik tentang cara menghitung kuantiti air ketuban berdasarkan gambaran scan. Berikut adalah nilai normal menurut teknik menilai isipadu air ketuban yang berbeza:
- AFV: 5 hingga 24
- MVP: 2 hingga 8
Justeru, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.