
Sulit
3 tahun
Air ketum untuk ibu hamil
sy pregnant 5weeks,gastrik yg sgt teruk. selamat tak mnum air ketum ksong dgn kuantiti yg sedikit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gastrik adalah masalah umum dialami oleh ibu hamil sebab pergerakan pencernaan berkurang dan rembesan asid gastrik meningkat. Ini adalah kesan perubahan hormon ketika kehamilan.
Sebab kekurangn bukti saintifik dan kajian tentang pengambilan air ketum untuk ibu hamil, kesannya pada kandungan tidak dapat diketahui. Lebih baik anda jangan minum air ketum dan merujukkan masalah gastrik anda kepada doktor dengan lebih lanjut, beberapa ubat gastrik ada sedia untuk mengatasi masalah anda.
Kebanyakan ubat gastrik yang tersedia adalah selamat untuk ibu hamil, tidak akan mempengaruhi kandungan anda.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Pastikan persoalan anda terjawab untuk kehamilan yang sihat. Doktor pakar ibu dan anak (obstetrician) dapat membantu anda.