Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Air nira nipah untuk buah pinggang

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: November 25, 2020 4:20 AM

Sulit 57 hari

hi doc,air nira nipah sesuai tak untuk pesakit buah pinggang tahap 3

Dr Sri Viknarajan 57 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak tuan/puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak tuan/puan.

Pengambilan sebarang jenis makanan atau minuman sebaiknya perlu mendapat nasihat daripada doktor umum mahupun doktor pakar. Ini untuk memastikan ia sesuai dan diperlukan atau sebaliknya. Hal ini kerana bagi sesetengah individu, minuman tersebut mungkin baik bagi mereka, namun tidak bagi sebahagian individu lain, malah mendatang kemudharatan yang dapat merosotkan kondisi buah pinggang.

Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !

Sedikit tentang air nira nipah, secara umumnya KKM telah melabelkan ‘air Bahar’ (air nira kelapa yang diperam bersama kulit kayu dari pokok rosok) sebagai salah satu minuman alkohol. Umum sedia maklum minuman alkohol memang tidak baik untuk kesihatan. Jadi saya sarankan anda menjauhinya.

Namun sekiranya yang dimaksudkan bukanlah ‘air Bahar’, tetapi air kelapa biasa, ia tetap tidak disarankan kerana umum sedia maklum bahawa air kelapa tinggi kandungan potasium. Ini dapat memperberatkan lagi kondisi buah pinggang anda.

Saya nasihatkan anda untuk teruskan dengan rawatan konvensional dari pihak hospital. Namun untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan dan suplemen yang lebih tepat boleh di anjurkan, pemeriksaan dan perbincangan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu.

Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.

Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 04:20:42 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah buah pinggang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Buah pinggang dan rawatan Ayah saya ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Bagi penyakit buah pinggang dia telah pun buat rawatan dialisis selama lbh kurang 10 tahun. Akhir akhir ini, ayah saya tidak… Baca lagi...
13 bulan
Sulit
Makanan/minuman untuk buah pinggang salam doctor,air nira nipah sesuai tak diminum oleh pesakit buah pinggang tahap 3.saya tgk banyak khasiat Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Aurte urinary retention adakah penyakit urinary retention critical illness? jika ya bolehkah saya apply mysalam sebagai penyakit kritikal buah pinggang? Baca lagi...
17 hari
Sulit
Buah pinggang ,penyakit ini sedang berada di tahap 5 sekarang jika doc boleh jawap.jwab la Nenek saya berumur 67 tahun.Dia menghidap penyakit buah pinggang tetapi tidak boleh kencing dan seluruh tubuhnya bengkak kenapa ye Baca lagi...
36 hari
Sulit
Masalah buah pinggang untuk warga emas Ibu berumur 68tahun. Paras kreatinin 194umol/L. Adakah ianya berada pada tahap yang bahaya? Apa yang perlu dilakukan untuk menurunkan paras kreatinin tersebut? Ibu ada penyakit kencing manis & d… Baca lagi...
2 bulan