
Sulit
3 tahun
Akil baligh di usia 10 tahun
Salam. Saya ada anak lelaki berusia 10 tahun yang telah ditumbuhi bulu kemaluan. Saya sebagai ibu tunggal agak panic dan terkejut kenapa terlalu awal. Saya ada bertanya adakah anak saya pernah mimpi basah atau ada keluar cecair (air mani), katanya tak pernah. Kenapa ini berlaku? Adakah normal? Anak lelaki saya bertubuh kecil sahaja. Adakah ada cara untuk lambatkan proses ni memandangkan di atas bibir jugak seperti timbul kumis nipis dan ini memberi tekanan pada saya. Saya rasakan anak saya terlalu awal melalui proses ni. Saya tidak tahu jika situasi ini sebenarnya adalah normal bagi anak lelaki seusia dengannya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda bimbang terhadap anak anda yang melalui akil baligh. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, bagi lelaki, mereka akan melalui proses akil baligh sekitar umur 9-16 tahun. Proses akil baligh ini akan menunjukkan perubahan pada badan anak anda dan ia adalah normal memandangkan anak anda sudah berumur 10 tahun. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.