
Sulit
5 tahun
Alahan ubat darah tinggi
Sy mempunyai penyakit darah tinggi…blh saya taw mcm mna nak tahu kita alah pd ubat itu @ tidak?..sy mengalami bengkak gusi/benjolan keras pd gusi tp tidak menyakitkan…adakah ia berpunca dri ubat itu…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada gusi
- nanah/abses
- keradangan gusi
- keretakan gigi
Alahan kepada ubat akan menimbulkan gejala seperti bengkak bibir, kesukaran bernafas, gatal pada kulit.
Memandangkan ini adalah masalah gusi, anda dinasihatkan untuk merujuk ke doktor gigi agar langsung dapat ditangani. Untuk berbincang dengan doktor umum, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.