Sulit
2 tahun
Amik soluble sebelom vaksin covid
Saya telah amik soluble 3 jam sebelum vaksin covid dos pertama. Adakah ada apa2 kesan terhadap badan?
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun saya kurang pasti dengan kenyataan yang anda berikan.
Secara amnya, menurut Centres of Disease Control and Prevention (CDC), penerima vaksin digalakkan untuk tidak mengambil sebarang ubat iaitu jenis ibuprofen atau paracetamol sebelum suntikan vaksin. Namun, jika mengambilnya setelah suntikan, atas arahan doktor untuk mengurangi gejala kesan sampingan, adalah dibolehkan. Kesan sampingan suntikan kebiasaannya hanya sementara iaitu beberapa hari untuk sembuh dan hilang. Hal ini dikecualikan jika penerima vaksin terbabit sememangnya mempunyai rekod kesihatan yang memerlukan pengambilan ubat tersebut, maka wajar untuk individu tersebut mengambilnya sebelum suntikan vaksin atas tujuan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini