
Sulit
3 tahun
Anak 2 tahun batuk berpanjangan
Anak saya berusia 2 tahun lebih mengalami demam, batuk dan selesema pada pertengahan bulan october selama 2 minggu. demam dan selesema sudah tiada tetapi batuk tidak hilang. saya sudah bawa anak saya ke KK berdekatan utk ujian saringan covid. keputusan adalah negetif. kami sekeluarga pun negetif dan kami tiada kontak rapat dengan pesakit covid. semasa di KK, anak saya dikehendaki mengambil sample darah dan keputusan adalah clear. ubat batuk yg disediakan oleh pihak KK pun sudah habis tetapi batuk anak saya tidak hilang malah setiap malam anak saya batuk tidak berhenti sehingga termuntah. adakah ianya normal utk kanak-kanak 2 tahun?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah batuk yang tidak hilang setelah 3 minggu selepas mengalami demam, batuk dan selsema. Saya akan cuba memberikan maklumat yang berkaitan dengan masalah kesihatan anak anda.
Untuk makluman anda, kanak-kanak sering mengalami demam akibat tindak balas pertahanan tubuhnya melawani jangkitan di sekeliling. Simptom-simptom ringan seperti batuk selalunya akan mengambil masa yang panjang sehingga 3 minggu sebelum mereka pulih sepenuhnya. Namun, anda disarankan berbincang dengan doktor mengenainya agar perkara yang tak diingini dapat dielakkan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu anak anda dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.