Sulit
3 tahun
Anak berusia 9bulan najis berwarna hitam dan berlendir semalam last sy bg makan buah naga.. asbab dy dh biasa makan finger food sy potong dan bg dy makan sendiri
anak saya baru 9bulan pagi tadi sy terkejut najis anak sy menjadi hitam dan berlendir… tanda2 ad darah tak de… jenis cecair.dy tak meragam dy aktif seperti biasa… adakah anak sy tidak sihat dr? sy sangat2 risau kalau2 berlaku masalah dalam sistem pencernaannya
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan najis anak anda berubah warna hitam, seperti:
- pendarahan pada perut
- ubat atau supplemen seperti supplemen zat besi
- cecair hempedu
- makanan yang boleh menyebabkan najis bertukar warna
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.