Budi

5 tahun

Anak dijangkiti kurap di kemaluan

Salam doc anak saya di jankiti kurap dkt bahagian kemaluan mcm mna sy nk hilangkan nye…anak baru berusia 2 thn kesian dia menahan gatal…sakit dll…tlg doc bantu saya

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Terdapat 2 jenis punca utama yang boleh menyebabkan keradangan kulit di bahagain kemaluan bayi, iaitu nappy rash dan jangkitan kulat atau kurap. Nappy rash atau ruam lampin merupakan kerangan kulit yang disebabkan oleh penukaran lampin bayi yang tidak cukup kerap. Lampin yang kotor dan tidak ditukar akan menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan sakit kerana bahan kotor di dalam lampin akan menyebabkan kecederaan dan keradangan kepada kulit bayi. Ruam lampin biasanya tidak akan menjejaskan bahagian kulit yang tidak terdedah kepada bahan kotor di dalam lampin.

Punca kedua adalah jangkitan oleh kulat Candida. Jangkitan kandida akan menjejaskan kulit di bahagian kemaluan, paha, punggung dan abdomen. Ruam ini akan melibatkan lipatan-lipatan badan manakala ruam lampin tidak melibatkan lipatan-lipatan badan. Ruam ini boleh dirawat dengan menggunakan krim antikulat seperti nystatin. Krim tersebut haruslah disapu beberapa kali sehari dan krim zinc oxide boleh disapu selepas penggunaan krim antikulat. Pastikan kulit bayi adalah sentiasa kering. Satu lagi punca yang boleh menyebabkan ruam di bahagian kemaluan bayi seperti seborrhoeic dermatitis. Seborrhoeic dermatitis biasanya dirawat dengan menggunakan krim steroid.

Anda digalakkan untuk membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor supaya doktor boleh mengenal pasti punca ruam bayi anda.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Kurap adalah lebih biasa menjangkiti kalangan kanak-kanak daripada golongan dewasa. Kurap merupakan jangkitan fungus pada kulit anda. Dalam istilah perubatan, ia juga dipanggil sebagai tinea.

Masalah ini boleh berlaku kepada semua orang, tetapi lebih biasa dalam kalangan kanak-kanak. Kurap biasanya berlaku di cuaca yang panas dan lembap. Secara amnya, kurap menyebabkan kulit yang dijangkiti menjadi gatal, kemerahan, ruam yang berbentuk bulatan dengan persiiskan di tepi ruam.

Anda boleh mendapat kurap daripada orang yang telah dijangkiti, di tempat mandi berkongsi ataupun permukaan yang tercemar. Terdapat beberapa kondisi kulit lain yang boleh mimik simptom-simptom kurap, seperti psoriasis, yeast infection dan intertrigo.

Bagi menyembuhkan anak anda, doktor akan memberikan anda krim antifungal yang boleh disapu pada kulit yang terjejas. Pastikan anak anda mandi dan mengekalkan kebersihan tempat yang berkurap. Elakkan memakai pakaian yang ketat dan menggaru sehingga anak anda sembuh daripada jangkitan ini. Sekurang-kurangnya mandi dua kali sehari.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)