afoz06
4 tahun
Anak muntah selepas makan ubat
Anak saya berumur 6 tahun muntah selepas 45minit diberi makan antibiotik dan ubat demam. perlu kah saya beri semula ubat tersebut atau tunggu waktu makan ubat yang selanjutnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda tidak perlu memberi semula ubat tersebut kepada anak anda. Jika anak anda muntah dalam masa 5 hingga 10 minit, anda perlu memberi semula ubat tersebut. Walaubagaimanapun, jika anak anda muntah sebanyak 2 kali atau lebih, anda tidak perlu memberi ubat kerana anak anda tidak boleh lagi menerima ubat secara oral. Anda harus membawa anak anda ke hospital dengan segera jika hal ini berlaku.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.