Anonymous
4 tahun
Anak saya kerap sembelit dan adakala cirit birit
Anak saya kerap sembelit dan adakala cirit birit. Hari ni sembelit dan najis berwarna hijau . Semalam kehitaman . Najis keras dan besar menyebabkan kesakitan . Apakah maksudnya
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau.
Warna najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam kuning
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk sesi konsultasi secara peribadi bagi mendapatkan nasihat tentang keadaan anak anda. Terima kasih.