
Sulit
4 tahun
Anak sembelit hilang selera makan
Anak saya berumur 17bulan sudah 5 hari tidak membuang air besar, setiap kali hendak membuang anak saya menagis dan takun untuk meneran suda berlanjutan lima hari, sejak semalam anak saya menolak untuk makan dan minum. Sekarang anak saya hanya menyusu (fullybresfeeding) dan minum air kosong pun hanya sedikit dengan terpaksa…saya suda membawa ke klinik swasta dan di beri ubat skilax drop dan saya suda berikan anak tengahari tadi namum sehingga jam12 am anak saya masi tiada tanda tanda hendak membuang. Saya risau sebab anK saya tidak makan sejak semalam…perlukah saya beri enema kepada anak saya atau doktor ada cadangan yang lebih baik.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sembelit anak anda. Untuk makluman pihak anda, pihak kami tidak mempunyai maklumat serta tidak melakukan pemeriksaan ke atas anak anda. Oleh itu saya tidak boleh untuk mencadangkan anda rawatan lain.
Memandangkan anda telah berjumpa dengan doktor dan telah menerima rawatan, saya sarankan untuk anda menreskan dagulu ubat yang telah diberi. ubat skilax drops ini bekerja dengan
mendorong otot dalam usus untuk menggerakkan bahan buangan di dalam usus, Ubat ini mungkin mengabil masa 1-3 hari untuk berkesan.
Memandangkan dia menolak untuk makan, ia merupakan gejala yang membimbangkan. Sekiranya anak anda nampak lemah, tidak bermaya, mengadu sakit perut saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Buat masa ini, teruskan memberi ubat ini kepada anak anda, banyakkan meminum air dan galakkan dia memakan makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya ia berterusan atau keadaan anak anda semakin teruk.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.