
asilah4life
6 tahun
Anemia (period bleeding)
Period sy bnyk mmg pnh mengalami period bleeding smpi menyebabkan anemia. Sy jg telah berhenti sepenuhnya dr berjumpa doc pakar sbb keadaan sy yg semakin baik bagaimana utk sy dpt kan transaine acid 250 tnpa perlu berjumpa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda pernah mengalami haid yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kekurangan darah, namun telah pulih dan tidak lagi berjumpa doktor.
Bagi menjawab soalan anda, ubat yang anda maksudkan mungkin adalah Transamine atau Tranexamic Acid yang digunakan untuk merawat haid berlebihan. Namun begitu ubat ini tidak boleh didapati tanpa preskripsi doktor. Saya sarankan agar anda melakukan rundingan lanjut sama ada dengan doktor pakar anda atau doktor lain mengenai keperluan anda mengambil ubat tranexamic acid tersebut.
Anda juga boleh melakukan rundingan dengan pihak kami di link ini (DoctorOnCall) melalui atas talian secara percuma. Terima kasih.