Sulit
3 tahun
Angin lebih dalam badann
saya berumur 21 tahun, sy merasakan nafas pendek doc. adakah angin dalam badan jugak boleh menjadi punca? kerana sjak kebelakangan ini sya sering sendawa dan kadang angin dalam badan terasa tp x dpt nak kluarkan. adakah angin jugak penyumbang kepada masalah nafas pendek yg saya alami?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas walaupun pada usia yang muda iaitu 21 tahun sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang sejarah kesihatan anda dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan. Kami tiada info lebih tentang angin dalam badan seperti yang anda katakan.
Oleh itu, kemungkinan masalah anda boleh berpunca daripada masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema , Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease , iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut ( Fibrosis ).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.**
**
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda dan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dengan cadangan bahawa paru-paru anda mungkin bermasalah. Siasatan lanjut seperti Chest X-ray, MRI dan juga PFT ( Pulmonary function test ) perlu dilakukan bagi pengetahuan lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.