Sulit
3 tahun
Angin & sakit payudara
Saya wanita berumur 23. Mengalami keguguran pada dec 2020. Since pertengahan january. Saya kena gastrik angin. Sakit ya amat almost seminggu. Lepastu okay. Skrg saya angin lagi sekali. Sakit & rasa mual. Rasa bloated. Bila check upt. Negative. Semalam, payudara kiri saya sakit mencucuk cucuk & tgh tgh dada pun sakit. Pagi ni saya check upt. Masih negative. Adakah sakit ini sebab angin atau sebab lain? Selain drpda itu, saya juga sakit bawah perut belah kiri. Rasa mencucuk kdg 1 minit dan hilang. Tp berulang kali. Sehari dalam 6/7 kali. Mohon pencerahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan kurang jelas bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah sebegini boleh disebabkan atas beberapa faktor, antaranya ialah:
- makan makanan dan minuman yang tertentu seperti kekacang dan minuman berkarbonat
- kesan pengambilan ubat seperti ubat cair darah, ubat tahan sakit.
- penyakit refluks ( GERD )
- penyakit keradangan perut ( gastritis )
- penyakit celiac iaitu pesakit tiada toleransi kepada makanan gluten tinggi
Berkenaan dengan sakit payudara kiri, ianya boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Jangkitan payudara ( mastitis )
- Breast cyst
- Fibroadenoma payudara
- Perubahan fibrocystic payudara
- Fat necrosis
- Lipoma
- Sebaceous cyst
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala di bawah:
- Demam
- Terdapat darah atau nanah keluar daripada puting
- Kawasan payurada bengkak
- Kemerahan di kawasan payudara
- Gangguan aktiviti harian dan tidur
Maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih