
Anonymous
5 tahun
Anxiety disorder ke?
Saya mengalami sesebuah situasi di mana saya mengalami sesebuah peristiwa yang menyebabkan saya berasa bahawa diri saya dipermalukan oleh kawan saya, saya berasa jijik dengan diri saya, saya rasa sedih, saya kecewa, saya rasa saya dipermainkan oleh kawan saya macam saya tiada maruah. Saya sering dibuli sejak sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah sekarang saya tidak pasti sama ada saya masih tergolong di dalam orang yang kena buli. Saya sering mengalami kebas pada bahagian tubuh badan saya. Tangan saya berpeluh dengan banyak dan kadang-kadang mengigil. Saya kerap bimbang mengenai sesebuah pekara. Saya susah untuk tidur dan kadang-kadang terjaga dari tidur. Saya seorang yang sangat pendiam. Saya telah keluar daripada rumah sewa saya yang duduk dengan kawan saya sekarang ini untuk tinggal dengan orang lain Tampa berbincang dahulu dengan mereka sebab sayapun tak nak tinggal dengan diorang dah dan saya tak tahu apa status hubungan kami sekarang ini saya pun tak tahu nak bagi dekat diorang status kawan ke? ,orang yang saya kena ke? Saya pun tak tahulah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda penghidap anxiety biasanya lebih mudah stress atau lebih mudah gemuruh apabila berhadapan dengan sesuatu perkara atau situasi seperti peperiksaan.
Gejala yang anda jelaskan adalah salah satu ciri anxiety, dimana apabila anda merasa tertekan dan gemuruh, tubuh anda bertindak dengan memberikan signal kepada otak lalu berlaku gejala seperti menggigil dan berpeluh.
Saya sarankan agar anda mendapatkan bantuan seperti berjumpa dengan doktor agar masalah anxiety anda boleh dirawat. Cuba elakkan dari terlalu stress dan berfikiran negatif.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih