Sulit
2 tahun
Anxiety disorder, migraine, anaemia
Saya seorang pelajar perempuan yg berumur 17 tahun. Saya kerap mengalami sakit kepala, kebas-kebas, otot kejang, cepat dahaga, bibir merekah, pandangan mata yg kabur jika melihat cahaya terlalu lama, cepat letih, kerap merasa resah dan overthinking, stress, sakit pada bahagian dada dan susah bernafas tanpa sebab. Keluarga saya tidak tahu saya selalu mengalami perkara ini. Mereka hanya nampak saya sakit kepala yg biasa. I don’t know if i have migraine or not. Sakit kepala saya selalunya sebelah kiri atau sebelah kanan. Urat kepala akan timbul dan terasa seperti ditarik pada bahagian belakang kepala. Ia sangat menjejaskan kehidupan harian saya. About anxiety disorder I’m not sure. I don’t want to self diagnose but i always did depression and anxiety test. The results were quite scared me. And sometimes i feel like i had anxiety attack. And about anaemia i don’t know. Please help me. I’m 17 this year and gonna have a big exam. I started had this symptoms since 13 but became worse when I’m 16. I really want to go check up but my family are too busy. I don’t want to bother them. I have trust issue with counselor in school. I kinda scared to face the doctor but I can’t handle this pain anymore. I really suffering. Let me know if i had other disease.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami anda mengalami gejala sakit kepada dan gangguan cemas dan ingin mendapatkan kepastian atau kesimpulan dalam perkara ini. Saya akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh merujuk perkara ini di klinik kesihatan ataupun klinik yang berdekatan. Namun jika anda tidak yakin untuk berjumpa dengan doktor, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian dan jika perlu kami boleh rujukkan kepada doktor pakar.
Umumnya sakit kepala yang disertai gejala kebas, kekejangan otot, gangguan penglihatan, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya
- migrain
- tension headache
- radang sendi temporomandibular
- gangguan silau atau rabun yang berat
Gejala-gejala gangguan cemas yang disertai gangguan emosi dan cepat letih, boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan di tempat kerja
- Mengalami masalah bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan
- Kekurangan tidur
- Gaya hidup yang tidak sihat
Namun perkara ini juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius seperti:
- Kemurungan
- Keresahan dan kegelisahan ( anxiety )
- Serangan panik
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami. Kami juga ingin meyakinkan anda bahawa konsultasi bersama doktor adalah sulit antara anda dan doktor.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri