
Sulit
4 tahun
Apa benyebab Tekak terasa gatal
Salam sejahtera.dr sy ade masalah sering berasa gatal tekak dan lelangit serta lidah…apakah penyebab berlakunya gatal2…serta sy mmpunyai ank berusia 9tahun dia sering mngadu lenguh2 tangan dan kaki…apa tindaka yg perlu sy lakukan pd ank sy…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami masalah kegatalan tekak yang anda hadapi serta masalah kelenguhan tangan dan kaki yang dihadapi oleh anak anda.
Untuk makluman, masalah kegatalan pada tekak, lelangit dan lidah boleh disebabkan oleh alahan yang berlaku pada kawasan tersebut. Ia boleh disebabkan oleh:
- Alahan makanan
- Alahan terhadap sesuatu ubat
- Alahan mengikut musim
- Jangkitan kulat
- Masalah penyakit anafilaksis, iaitu sejenis alahan yang disebabkan oleh sel darah putih yang sensitif terhadap sesuatu bahan asing, sehingga menyebabkan keradangan dan kegatalan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk memastikan diri anda berjauhan daripada jenis-jenis alahan yang tersenarai di atas. Anda boleh dapatkan ubat dari farmasi untuk melegakan kegatalan atau mengamalkan pemakanan madu. Sila pastikan juga anda banyak meminum air kerana tekak kering boleh mempengaruhi kegatalan anda secara langsung.
Mengenai masalah kelenguhan tangan dan kaki yang dihadapi oleh anak anda, kemungkinan ia adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti:
- Kurang nutrisi
- Kurang rehat atau tidur
- Terlalu aktif bersenam atau ketegangan otot.
- Masalah pengsarafan am seperti multiple sclerosis
- Jangkitan sesetengah virus
- Masalah saraf tunjang yang boleh disebabkan oleh masalah tulang belakang seperti kecederaan, cakera terseliuh ataupun skoliosis (kerap berlaku pada jantina perempuan).
- Pemakanan yang kurang zat seperti kalsium, magnesium, vitamin D, dan juga potasium. Sila amalkan pemakanan yang berkhasiat.
- Berat badan tidak seimbang atau obesiti. Jumlah kolesterol badan juga mempengaruhi perkara ini.
- Penyakit keturunan seperti darah tinggi (namun, simptom-simptom akan lebih jelas pada waktu usia dewasa).
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Kami sarankan membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan sekiranya perkara ini berlarutan ataupun jika anak anda mempunyai gejala kekebasan, kelumpuhan, masalah tumpuan, pengsan, masalah ingatan serta perubahan kulit seperti keruaman atau penyakit cacar.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.